Tugasan 2: Penulisan Akademik (25%)
Guru kreatif berupaya merancang pengajaran dengan menarik, berkesan dan menggunakan pelbagai pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran yang relevan mengikut peredaran masa.
Berdasarkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris yang dimuat turun dari internet, buat satu analisis terhadap RPH yang digunakan oleh guru tersebut. Analisis perlu menyatakan teori pembelajaran yang digunakan oleh guru serta menjelaskan implikasi teori tersebut dalam proses PdPc. Selain itu, analisis juga perlu mengaitkan elemen pembelajaran abad ke-21 (termasuk pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran).
Sediakan penulisan akademik lebih kurang 800 patah perkataan.
Penghasilan Produk (NPDL) - Muat naik dan kongsikan analisis tersebut yang ditulis dalam bentuk penulisan akademik untuk diterbitkan dalam mana-mana sumber aplikasi sesawang.
Tarikh Mula: [12 Februari 2019] | Tarikh Hantar: [4 Mac 2019]












